Lumbar Puncture(LP)
p/s-Artikal ini bercampur bahasa melayu dan Inggeris . LP ini merupakan prosedur untuk mengambil cecair CSF iaitu cecair dalam bahagian sistem saraf kita. Sering kali disalah tafsir oleh masyarakat bahawa LP ini merupakan procedur yang menunjukkan nyawa pesakit itu berada dihujung tanduk iaitu penentuan sama ada hidup atau mati. Padahal, prosedur ini hanya penyisatan untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit untuk rawatan lanjut. Mungkin dulu,ia kebetulan kerana kebanyakan pesakit yang datang dan melibatkan procedure ini dalam keadaan yang agak serius. Namun tidak dinafikan sekarang ini, kesedaran untuk menjaga kesihatan telah meningkat.
Mengapa perlu melakukan LP ?
Biasanya LP dilakukan setelah beberapa ujian(test/investigation) yang kurang risikonya,telah dilakukan tetapi perlu dipastikan dengan LP untuk kepastian. Antara keperluan atau indikasinya:
1.
Suspicion Meningitis – LP diperlukan untuk melihat White Cell count(cel darah putih) dalam cecair cerebrospinal fluid(CSF).
2.
Suspicion of subarachoid haemorrhage – pendarahan dalam bahagian otak. Walaupun CT scan boleh menunjukkan lokasi pendarahan tetapi ada kala CT scan tidak dapat menunjukkan pendarahan setelah pendarahan itu berlaku lebih sehari dan pesakit memiliki symptom sakit kepala, seizure atau lain-lainnya.
3.
Suspicion of central nervous system diseases like gullain-barre’ syndrome atau carcinomatous meningitis- LP untuk melihat kewujudan penyakit ini.
4.
Therapeutic relief of pseudotumour cerebri- iaitu tekanan dalam kepala(intracranial pressure) meningkat,pesakit ada symptoms sakit kepala yang amat sangat, tetapi CT scan tiada menunjukkan apa-apa. Jadinya, LP diperlukan untuk mengurangkan tekanan dalam kepala dengan mengeluarkan sedikit cecair dalam bahagian saraf tunjang kerana CSF akan mengalir ke dalam saraf tunjang juga.

(LP procedure)
Dalam sesetengah kes,LP ini sangat merbahaya (contraindication) dalam :
1.
Tekanan /ICP yang tidak seimbang dan terlalu tinggi kerana LP boleh menyebabkan herniation(bahagian otak yang mempunyai tekanan tinggi akan ditolak ke kawasan yang rendah tekanannya melalui lubang/foramen .Ini menyebabkan kerosakkan bahagian otak tersebut).
2.
Penyakit kulit papa bahagian yang mahu dicucuk(LP area).
3.
Masalah pembekuan darah/Coagulopathy.Bagaimana melakukan LP ?
Kebenaran atau consent diperlukan untuk prosedur ini.
Pesakit akan diterangkan bagaimana prosedur ini dilakukan,risiko dan faedahnya.
Pesakit akan baring atau dalam keadaan duduk dengan membengkokkan badan seperti kedudukan bayi dalam kandungan(fetal position).
Kawasan untuk LP akan dikenalpasti, iaitu bahagian L3-L4 atau L4-L5( kawasan tulang belakang,lumbar vertebra ke-3 atau ke-4) kerana di kawasan ini, kedudukan saraf tunjang hanya pada L1-L2, kawasan LP ini hanya memiliki saraf seperti bebenang yang tersusun seperti ekor kuda. Bagaimana nak tahu kedudukan L4/L5 atau L3-L4? Dengan merasa tulang pelvic(tulang punggung). Kedudukannya yang searas dengannya ialah L4-L5. Penanda diperlukan untuk menetapkan kedudukan dengan tepat.
Kemudian,antiseptic solution(cecair iodine) akan disapu untuk sterile kawasan LP,dan dibiarkan kering sebentar.

(LP needle (jarum lumbar puncture), agak panjang . mengandungi 2 komponen iaitu jarum dalam(stylet) untuk mengelak tertarik saraf disebabkan tekanan negatif dalam jarum semasa jarum ditarik keluar dan jarum luar untuk guide puncture.)Selepas itu, Jarum LP akan dicucuk sehingga titisan cecair (CSF) keluar. Sebanyak 3 atau 4 botol kecil diambil bergantung pada ujian yang mahu dilakukan. 10 titisan setiap botol sahaja diperlukan.Cecair yang diambil tidak menghabiskan cecair yang berada dalam badan.
Komplikasi LP :
1. Headache(sakit kepala)- akan pulih dalam 2-3 hari selepas itu. CSF dalam badan dalam 150ml.
2. herniation.
3. Infection (jangkitan jika tidak menjaga kebersihan LP)
4. kecedaraan saraf kecil jika kecuaian berlaku. Jarang berlaku.

(Tulang belakang manusia)
untuk maklumat lanjut..
http://emedicine.medscape.com/article/80773-treatment